Thursday, February 11, 2010

Tuesday, July 28, 2009

SEJARAH SEKOLAH

SJKT Ladang Mount Austin telah ditubuhkan pada 23 Jun 1957 dan kini ia telah berusia 55 tahun. Pada awalnya ia beroperasi di tapak yang terletak di Ladang Mount Austin. Ketika itu, enrolmen murid adalah lebih kurang 100 orang.Sekolah ini telah mengalami banyak kerosakan akibat banjir yang sering dilanda dan bangunan sekolah ini sama sekali roboh dalam kejadian banjir pada tahun 2005.

Sejak tahun tersebut sekolah ini beroperasi secara menumpang di bangunan SK Mount Austin yang terletak di Taman Mount Austin.Kini bilangan murid adalah sekitar 90 orang dengan tenaga pengajar seramai 12 orang.

Atas daya usaha pihak pentadbir sekolah,PIBG dan MIC Tebrau Kerajaan Negeri Johor memperuntukan tanah seluas 4.7 hektar di Desa Tebrau pada tahun 2010.Kini,semua pihak yang berkaitan sedang berusaha untuk membina sebuah bangunan 4 tingkat di tanah tersebut.

Pencapaian sekolah ini dalam UPSR sedang meningkat dari tahun ke tahun.Sekolah ini sedang menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi pelajar ; bukan sahaja dalam akadmik tetapi ko akademik dan sahsiah.

1. 1957 – 1965 - En.C.Voorasamy
2. 1965 - 1986- En.S.Subramaniam PPN
3. 1987 – 1990- En.S.Kaluagasalam PPN
4. 1990 – 1995- En.S.Arumugam
5. 1995 – 2002- Pn.S.Mariammah
6. 2002 – 2006- En.R.Kalianand
7. 2006 - Jun 2011-En.K.Thanakodi
8. Jun 2011 – Kini -En. M.Vijayan
.